Tuesday, 8 November 2016

Kaedah Untuk Memulakan Perniagaan

Memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya. Terdapat golongan remaja yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan. Senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Oleh itu, ianya adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk mencorak kehidupannya.
Melalui penulisan blog saya. Saya ingin menerangkan dan juga memberi tips kepada pembaca untuk memulakan perniagaan bermula daripada kecik sehinggalah berjaya.Pertama sekali ialah anda perlu menyesuaikan diri anda dengan realiti perniagaan pada hari ini. Jika dahulu kebanyakkan persaingan adalah dikalangan syarikat-syarikat besar. Kini dunia telah menjadi satu ruang tanpa sempadan yang rata. Persaingan berlaku antara syarikat kecil dan besar. Malah dalam sesetengah keadaan syarikat kecil lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding dengan syarikat besar.Jadi anda tidak perlu risau tentang persaingan. Anda dan orang lain mempunyai peluang yang sama. Apa yang anda perlukan adalah untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam bidang yang anda ingin ceburi.
Kedua ialah, mencari peluang yang ada. Lihat apa yang anda mampu lakukan sebagai seorang pekerja dan ubah kemahiran itu menjadi sebuah tawaran perniagaan. Jika anda ingin mencari kerja sebagai pereka design grafik, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan merekabentuk logo kepada syarikat lain ? Jika anda seorang yang mahir menaip, tawarkan perkhidmatan menaip kepada mereka yang memerlukan. Tidakkah ini sama seperti anda bekerja ?
Setiap orang termasuk anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu yang unik. Cumanya ramai orang yang bekerja makan gaji tidak pernah mendalami perkara ini. Cuba tanya diri anda, apakah yang anda boleh buat dengan baik ? Jika tidak ada jawapan, cuba tanya rakan-rakan anda atau pekerja di tempat lama anda. Mungkin mereka boleh membantu anda mendapatkan jawapannya. Selain itu , Cuba fikir apa barangan yang anda ada untuk dijual ? Saya bukan maksudkan barangan yang anda gunakan setiap hari. Maksud saya barangan yang anda boleh dapat dengan mudah atau murah berbanding dengan harga pasaran. Anda boleh mulakan dengan barangan yang ada di dalam portal Pusatborong.com ini. Mulakan dengan produk yang kosnya rendah terlebih dahulu untuk meminimakan modal anda. 

Seterusnya,anda mungkin fikir anda perlu kenal Perdana Menteri untuk berjaya. Namun anda salah. Semua orang disekeliling anda adalah faktor anda untuk berjaya dalam perniagaan. Perdana Menteri bukanlah orang yang tepat.
Perhubungan antara manusia adalah salah satu aset yang paling penting bagi mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan.
Senaraikan 100 orang yang anda kenal. Mulakan untuk berjumpa mereka setiap hari dan beritahu sedikit sebanyak mengenai perniagaan yang anda mulakan. Jika anda berjumpa dengan 3 orang sehari. Anda perlukan lebih 3 bulan untuk menghabiskan berjumpa dengan senarai 100 orang tadi.
Selain itu , ambil peluang,setiap orang mempunyai masalah. Setiap orang mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Begitu juga apabila berlaku satu-satu krisis atau bencana. Ia menyebabkan ramai orang terlibat dalam masalah. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka pintu peluang kepada orang lain.
Ini sama juga dengan minat masyarakat. Semua kita mempunyai minat dan kita sering juga terikut-ikut dengan minat orang ramai kerana ini adalah sesuatu yang seronok untuk dilakukan secara bersama. Jadi setiap fenomena sesuatu minat ini sebenarnya akan memberi peluang kepada usahawan.