SEJARAH PENUBUHAN RAMLY BURGER

Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

